Isnin, 15 Ogos 2016


3.0 PENGENALAN
          Malaysia merupakan satu Negara yang unik dimana ia merupakan satu Negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama Negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2015 dianggarkan melebihi 30.48 juta penduduk. Daripada bilangan penduduk ini bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.8%, Cina 21.8%, dan India 6.6% dan selebihnya kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain.
          Sejak mengecapi Kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh Negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana Negara menyaksikan rusuhan kaum yang dasyat sehingga Negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali”. Tetapi masih terjadi peristiwa berdarah yang tergempar di kalangan rakyat Malaysia iaitu peristiwa Kampung Medan Mac 2001.
          Sebagaimana yang kita tahu, Malaysia merupakan masyarakat majmuk. Wujud hasil sejarah beratus-ratus tahun dahulu. Berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya. Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlaku ketegangan. Untuk memahami persoalan hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah melampau ataupun latarbelakang sejarah yang membawa kepada pembawaan masyarakat seperti yang ada sekarang perlu di fahami. Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan etnik.
           Persoalan hubungan etnik perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan Negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga Negara dapat disalurkan kepada memajukan Negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik. Namun krisis yang berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 mei) dan pada tahun 2001 (peristiwa 4 hingga 8 Mac) mencerminkan rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersam walaupon sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat Negara ini dalam mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi Negara.



4.0 ISI
4.1 MAKSUD ISU-ISU PERKAUMAN DAN ISU-ISU SENSITIF
          Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.
          Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).
           Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum.

          Kesemua elemen-elemen negatif ini akan menggugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan