Isnin, 15 Ogos 2016

4.2 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RUSUHAN KAUM DAN ETNIK
4.2.1 Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
          Disebabkan oleh dasar  “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan  kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja  sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.
          British mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka akan terjejas. Masyarakat  Melayu  terdiri  dari  petani  dan  nelayan  di  kampung, masyarakat  Cina  pula  telah  mewarisi  perniagaan  secara  turun  temurun dan  tinggal  di  bandar  manakala  masyarakat  India  bekerja  sebagai penoreh getah  dan  tinggal  di  estet. Dasar  ini  telah  berjaya  direalisasikan  bagi mewujudkan  kelompok-kelompok  etnik  yang  berdasarkan  kegiatan ekonomi  yang  tinggal  dalam  kelompok  masing-masing.  Kesannya,  interaksi  antara  kaum  hanya  terbatas  di  pasar  sahaja.  Ini melahirkan perasaan prasangka antara kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
          Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu. Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.
          Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.

4.2.2 Latar Belakang Pendidikan Yang Berbeza
          Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.
          Ketiadaan sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai. Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka. Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum. Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini memandang rendah terhadap kaum lain.
          Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan

4.2.3 Perasaan Tidak Puas Hati Terhadap Hak Istimewa Orang Melayu
          PAP (People’s Action Party) telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung dan sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoriti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .
             Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

4.2.4  Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

4.2.5 Perbezaan Agama Dan Budaya
Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama Buddha manakala kaum  India  beragama Hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Oleh sebab itu, masalah  perpaduan  ini wujud bukannya  bermula  disebabkan  agama yang berlainan,  sebaliknya akibat  daripada  sikap  jahil terhadap  agama-agama  lain  sehingga  banyak  perkara  yang  dilakukan secara  tidak  sengaja  telah  menyinggung  emosi  penganut  agama  lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

4.2.6 Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza antara  kaum  dan  menimbulkan  rasa  tidak  puas  hati  dan persaingan ekonomi  secara  tidak  sihat.  Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu sama lain. Orang  Melayu  mencemburui kemewahan  dan  kejayaan  orang Cina  manakala  orang  Cina dan India mencemburui  kelebihan  orang  Melayu  yang  mendapat  peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan