4.3 KESAN – KESAN DARIPADA TERCETUSNYA RUSUHAN KAUM DI
MALAYSIA
4.3.1 Kesan Kepada Sosial
Dari segi
kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan
buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap
perkauman ini akan membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka
masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu
tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh
masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas
hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih
mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada
13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia
dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
4.3.2 Kesan Kepada Ekonomi
Ekoran
daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di
Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan
lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan
Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum, kerajaan terpaksa membelanjakan
banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara
akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu,
pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana
risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga
akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana
apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan
Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan
mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.
4.3.3 Kesan Kepada Integriti Dan Imej Negara
Seperti
yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman, Tun V.T
Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan
membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu
padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan
dan atas sebab itu jugalah negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak
walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku
lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan
Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin
teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti negara sebagai
sebuah negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan